1.0 SEJARAH DAN EVOLUSI MEDIA SOSIAL
Media
sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan
membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta
isi meliputi blog, rangkaian sosial, forum dan dunia maya. Blog dan rangkaian
sosial merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat
di seluruh dunia. (Ahlqvist, Toni; Bäck, A., Halonen, M., Heinonen, S (2008). Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan
media sosial sebagai sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang
membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan
penciptaan dan pertukaran. Kemajuan
teknologi menyaksikan Internet bukan sahaja sebagai medium untuk memperoleh maklumat,
malah berkembang kepada media sosial yang mempunyai kemampuan yang lebih hebat
hasil gabungan tiga elemen utama: teknologi, perbualan, dan perkongsian maklumat.
Media ini juga mampu mengirimkan kandungan multimedia dan kemudahan interaksi
antara khalayak dengan pengeluar kandungan. Pembangunan teknologi digital dan aplikasi
penciptaan serta perkongsian kandungan ini merupakan salah satu elemen penting pada
media sosial. Laman-laman media sosial seperti penanda sosial, berita sosial,
laman jaringan sosial, dan perkongsian foto serta video membolehkan penggunanya
berinteraksi dengan laman tersebut dan pengunjung lain.
Sumber : www.internetworldstats.com
Rajah 1: Peratusan Pengguna
Internet Di Dunia
Jaringan
sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara
peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan
berkomunikasi. Jaringan sosial terbesar antara lain Facebook, Myspace,
Instagram,Twitter dan banyak lagi. Jika media tradisional menggunakan media cetak
seperti surat khabar dan media penyiaran seperti televisyen dan radio, maka media
sosial menggunakan internet. Penggunaan
internet meningkat pada setiap tahun kerana kepentingan dan sumber rujukan
semua terdapat dalam media internet.
Teknologi media menyaksikan semakin ramai yang terlibat dalam dunia
siber dengan pelbagai cara dan tanggungjawab.
Penggunaan media sosial menunjukkan peningkatan sama ada dalam kalangan
pengguna mahupun perniagaan. Dengan kemajuan teknologi, peranti mudah alih,
terutama telefon mudah alih menjadi salah satu alat utama untuk mengakses
media. Kebanyakan rakyat di seluruh
negara menggunakan telefon mudah alih untuk mengakses media sosial kerana
telefon mudah alih senang dibawa kemana-mana berbanding dengan komputer atau
komputer riba.
2.0 KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
Keupayaan media sosial
sebagai alat komunikasi merupakan faktor utama ramai yang selesa
menggunakannya. Banyak kepentingan yang
dapat kita lihat jika kita menggunakan media sosial sebagai tempat untuk
berniaga. Antara kepentingan media
sosial dalam perniagaan adalah sebagai tempat untuk mempromosi barang-barang
yang baru yang belum mendapat tempat dimata orang ramai. Seperti yang kita dapat lihat melalui media
sosial seperti facebook dan blog, ramai yang mempromosi barang-barang jualan
mereka seperti produk kesihatan, kecantikan, baju, kain , perabut, cadar dan
banyak lagi. Apabila memasarkan produk
di media sosial yang mendapat jutaan pengikut, secara automatiknya produk atau
barangan itu akan mudah dikenali dan akan menambahkan hasil jualannya. Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini,
berapa ribu yang berniaga secara atas talian.
Mereka yang berniaga secara atas talian ini tidak kira samada mereka
seorang surirumah ataupun bekerja kerana apabila minat berniaga sudah ada dalam
diri dan mengetahui selok-belok perniagaan maka, seseorang itu akan senang
untuk memulakan perniagaanya. Berniaga
menggunakan media sosial sebenarnya tidak memerlukan modal yang banyak kerana
kita bukannya menyewa tapak untuk berniaga barangan kita. Perniagaan dalam media sosial ini penting
supaya kita dapat menambahkan pendapatan sampingan kita. Jualan akan menjadi lebih mudah apabila
terdapat banyak pelanggan yang berpotensi. Di mana banyak orang, di situ banyak
peluang jualan akan berlaku. Bayangkan jika kita membuka kedai di belakang
lorong-lorong kecil jalan yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari
pandangan orang ramai, sudah tentu jualan akan sedikit. Oleh sebab itu banyak kedai-kedai besar dan
berjenama seperti Jusco dan Tesco memilih untuk membuka cawangan mereka di
kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang besar. Sama juga seperti media sosial yang mempunyai
ramai pengguna. Ini membuka peluang jualan yang lebih besar.
Laman sosial tidak memerlukan sebarang kos
untuk kita mendapatkan satu akaun. Ianya pada kebiasannya diberikan secara
percuma. Anda hanya perlu ada e-mel untuk membolehkan kita mengakses media
sosial. Produk dan pendekatan yang bagus dalam jualan anda akan menyebabkan
pemasaran secara percuma berlaku. Sesuatu berita itu akan lebih cepat tersebar
di dalam laman sosial kerana adanya ramai pengguna. Selain daripada itu, usahawan juga memerlukan
media sosial dalam perniagaan mereka untuk mendapatkan maklum balas daripada
pelanggan mereka. Dengan mencari maklum balas daripada pelanggan atau pengguna,
usahawan dapat mengetahui prestasi dan pencapaian usaha mereka dalam
mengendalikan perniagaan mereka. Setiap laman web mahupun facebook dapat
dilihat pelbagai testimoni daripada pelanggan yang telah mengguna produk
usahawan mereka. Maklum balas dalam media sosial memainkan peranan penting
dalam sesebuah perniagaan memandangkan ianya dapat dibaca oleh pembaca lain
maka maklum balas yang positif akan menarik lebih ramai pelanggan baru manakala
maklum balas yang negatif pula menyebabkan kehilangan pelanggan yang sedia ada.
Maklumat yang diperolehi daripada maklum balas ini akan digunakan untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi mereka sendiri sebagai seorang
usahawan dan perniagaan mereka. Dengan ini, usahawan yang berjaya diibaratkan
sebagai pendengar yang baik kerana mengambil tindakan pantas daripada maklum
balas pelanggan mereka. Dengan maklum balas ini juga, usahawan dapat belajar
dari kegagalan dan kesilapan mereka. Tanpa pelanggan, usahawan itu tidak akan
berjaya mencapai matlamatnya dalam mengembangkan perniagaannya dalam setiap
bidang yang diceburi. Seperti yang kita sedia maklum, setiap usahawan sentiasa
inginkan kejayaan dalam setiap bidang yang diceburi. Namun tidak dapat
dinafikan, ada juga dikalangan mereka yang gagal mencapai matlamat yang
disasarkan. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah
mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang diceburi
dan bukannya hanya sembarangan sahaja melakukan sebarang aktiviti perniagaan
tanpa memikirkan segala risiko yang akan dihadapi. Ilmu pengetahuan tersebut
diperolehi samada daripada pengalaman sendiri, ilmu yang dipelajari, pembacaan
ataupun daripada pemerhatian daripada pengalaman orang lain. Dengan ini mereka
sentiasa mencari dan peka dengan maklumat terkini daripada media sosial. Dengan
penggunaan media sosial, kerja pencarian maklumat dan data semakin mudah dan
terkini. Pada masa kini, kita dapat lihat pelbagai laman web telah dicipta
untuk memberi penerangan tentang sesuatu perniagaan, apa yang perlu dilakukan
dan larangan dalam menjalankan perniagaan. Usahawan juga boleh berkongsi
pengalaman mereka bersama dengan usahawan lain dan ini dapat memberi gambaran
dan teladan usahawan lain yang ingin menceburi bidang yang sama dan pada masa
yang sama dapat memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk melakukan
perniagaan tersebut. Malahan dalam facebook juga kita dapat melihat usahawan
yang berjaya seperti Dr. Azizan Osman yang pada mulanya seorang ahli perniagaan
yang kecundang dalam bisnes yang dijalani sehingga menyebabkan beliau kerugian
wang berjuta-juta. Namun beliau tidak pernah putus asa dan bangkit semula dan
berkongsi pengalamannya kepada usahawan yang lain tidak kira yang sudah lama
atau baru berkecimpung dalam perniagaan.
3.0 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
SECARA GLOBAL
Penggunaan
media sosial dalam perniagaan secara global dapat meningkatkan keuntungan yang
berganda-ganda lagi kerana apabila kita menghebahkan barangan yang kita jual
pada peringkat global, maka sambutan yang kita dapat itu lebih banyak lagi. Tidak dapat dinafikan jika perniagaan tanpa
menggunakan media sosial akan mengalami hanya sedikit sahaja keuntungan kerana
hanya bergantung kepada pelanggan yang datang ke tempat mereka berniaga
sahaja. Apabila kita menggunakan
internet dan mengakses media sosial yang popular dan mendapat tempat dihati
seluruh rakyat di dunia ini, maka apabila kita memuat naik barangan yang kita
jual dan seluruh dunia boleh melihat apa yang kita jual ini akan dapat
menambahkan lagi pendapatan kita.
Apabila orang mencari produk atau barangan yang mereka inginkan, mereka
akan menaip diruangan carian dan banyak benda yang akan keluar mengikut carian
yang kita cari.
Perniagaan
menggunakan media sosial telah membuka peluang yang lebih luas kepada para
usahawan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk atau perkhidmatan secara
meluas samada di dalam atau luar negara. Pemasaran menggunakan media sosial
merupakan salah satu teknik yang sangat membantu untuk usahawan-usahawan yang
ingin memasarkan produk mereka dengan lebih meluas lagi. Dengan menggunakan
media sosial sebagai aktiviti pemasaran, usahawan boleh mendapat pelanggan baru
yang berpotensi dengan lebih mudah dan mereka juga akan dapat meningkatkan
jualan kerana lebih ramai lagi orang akan tahu mengenai produk mereka. Bukan untuk
pasaran tempatan sahaja, malah pasaran antarabangsa juga boleh didapati dengan
adanya media sosial ini. Dengan kebolehan media sosial yang boleh diakses di
mana sahaja tanpa batasan waktu dan tempat menyebabkan hampir semua industri
dengan berbagai jenama besar telah menggunakan media sosial sebagai pemasaran
mereka. Ini adalah kerana mereka sedar bahawa media sosial adalah antara cara
pemasaran yang terbaik pada zaman ini. Sebagai contoh, usahawan akan
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui aplikasi Instagram di mana
pengguna atau pelanggan hanya menggunakan “hashtag” produk yang mereka yang
kehendaki dan dalam masa satu saat pelbagai pilihan akan keluar dan pelanggan
boleh mencari dan memilih produk yang dikehendaki.
Seseorang
usahawan memerlukan pemikiran kontemporari. Ini kerana dengan teknologi yang
cangggih, pengguna kini boleh memilih produk, idea dan perkhidmatan dari
seluruh dunia. Dengan adanya media sosial, pengguna kini dapat mencari maklumat
tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di seluruh dunia dan dapat
membuat pemilihan berdasarkan kepada jenis dan kualiti produk, harga yang lebih
berpatutan, tahap servis penjual dan lain-lain aspek. Sebelum kewujudan media
sosial, aktiviti perniagaan hanya mampu dijalankan oleh usahawan yang mempunyai
perniagaan besar yang berkemampuan dari segi kewangan dan kepakaran namun
dengan terciptanya media sosial, usahawan yang mempunyai perniagaan kecil juga
mampu mempromosikan dan mengiklankan produk serta perkhidmatan mereka ke seluruh
pelosok dunia seperti melalui Facebook, Twitter, Instagram dan blog. Jadi adalah tidak mustahil jika perniagaan
melalui media sosial dapat sambutan dan perhatian yang mengalakkan dari
pelanggan dari serata dunia.
4.0 TAHAP PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PERNIAGAAN
DI MALAYSIA
Pada
masa kini, tahap penggunaan media sosial dalam perniagaan di Malaysia telah
meningkat kerana kebanyakan peniaga-peniaga akan menggunakan media sosial untuk
melariskan jualan mereka dan mewar-warkan kerpada orang lain. Data internet yang berpatutan menyebabkan
peniaga mampu untuk membelinya dan boleh menggunakannya untuk urusan
perniagaan. Mereka bersaing untuk
menjual produk masing-masing dan mendapat nama dalam media sosial. Sekarang ini juga, ramai yang menjual sistem
untuk meningkatkan pengikut atau follower
di Instagram ataupun facebook. Jadi,
peniaga akan menggunakan sistem ini supaya follower
mereka di setiap media sosial ramai dan apabila ramai, semestinya pelanggan
atau pembeli akan percaya kepada mereka.
Tahap penggunaan media sosial ini akan terus meningkat kerana
penggunaanya yang mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Penggunaan ini juga amat menguntungkan kerana
tidak perlu modal untuk menyewa kedai.
Kebanyakan
orang menyatakan yang peniaga dalam media sosial ini terdiri daripada surirumah
sepenuh masa kerana masa mereka banyak terluang
tetapi pada hakikatnya orang yang bekerja juga menggunakan media sosial
untuk berniaga untuk menambahkan pendapatan mereka. Pada masa kini juga, ramai peniaga dalam
media sosial tidak perlukan modal untuk membeli barang kerana bagi peniaga
kecil atau dikenali sebagai agen dropship
mereka hanya perlu memasarkan barangan tersebut dan semua urusan pengeposan
akan dilakukan oleh orang lain. Jenis
ini amat mudah dan tidak perlukan modal yang tinggi hanya perlu ada data
internet sahaja. Jika seseorang itu
mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, barang yang mereka jual akan
bertambah laris.
5.0 CABARAN / HALANGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL
DI MALAYSIA
Apabila
kita menjalankan perniagaan secara atas talian seperti di media sosial, mesti
akan terdapat halangan atau cabaran yang para perniaga atau usahawan
hadapi. Cabaran yang dapat dilihat
adalah dari segi persaingan. Seperti
yang dapat kita lihat apabila kita mengakses media sosial, ramai yang menjual
sesuatu barang atau produk tersebut dan mereka akan berlumba-lumba dalam
meletakan harga yang paling rendah. Ini
adalah persaingan yang tidak sihat kerana persaingan ini akan menyebabkan
pengguna keliru untuk membuat pilihan dan curiga samada barang yang mereka
ingin beli itu palsu atau tidak. Semakin
hari semakin ramai kita mendengar yang ramai pelangan tertipu dengan belian barang di media sosial. Hal ini apabila berlaku kepada penggguna
haruslah pengguna membuat laporan supaya mereka yang terlibat boleh dikenakan
tindakan.
Usahawan
atau peniaga juga mempunyai cabaran dalam menyakinkan pengguna bahawa barang
yang mereka jual sangat berkualiti dan banyak testimoni yang telah mereka
berikan. Mereka juga harus berdepan dengan pengguna yang kritik atau
membuat pernyataan yang negatif terhadap barang atau produk yang mereka
jual. Penyebaran fitnah atau gossip yang
cepat juga merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi. Penyebaran boleh dikongsi sepantas 2 saat
tanpa bertanya pada sumber yang betul.
Kebanyakan yang menyebarkan fitnah atau gossip ini adalah untuk
memburukkan peniaga atau usahawan dan menjatuhkan syarikatnya. Fitnah disebarkan mealui internet seperti
disebarkan di facebook, whatsapp, blog dan banyak lagi.
penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat
besar, fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu
serta keluarganya.
6.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN MEDIA
SOSIAL
Kos
pengiklanan yang murah merupakan di antara faktor-faktor pendorong penggunaan
media sosial. Jika dulu syarikat-syarikat besar sahaja yang berkemampuan
menggunakan media sosial sebagai strategi pemasaran namun pada hari ini, iklan
dan promosi dari peniaga-peniaga kecil juga turut menghiasi laman media sosial
sekarang. Tidak dinafikan lagi bahawa mereka dapat mengurangkan kos pengiklanan
mereka jika dibandingkan dengan cara pemasaran lain selain media sosial. Banyak
perniagaan besar dan terkenal telah memanfaatkan media sosial sebagai media
publisiti untuk memperkenalkan produk mereka. Penggunaan media sosial yang
ramai menyebabkan kebanyakan peniaga yakin yang perniagaan mereka akan
bertambah maju.
Terdapat
juga perniagaan yang menggunakan media sosial yang menyediakan ruangan khidmat
pelanggan mereka. Interaksi dengan pelanggan adalah perkara yang penting dalam
apa jua perniagaan dan setiap maklumbalas daripada mereka akan meningkatkan
lagi kepercayaan pelanggan lain dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Dengan cara ini, mereka boleh memberikan khidmat yang lebih cepat malah dapat
mengeratkan lagi hubungan dengan pembeli mereka yang sedia ada. Pelanggan akan
memberi maklum balas yang positif untuk perkhidmatan yang memuaskan dan begitu
juga sebaiknya. Seperti yang kita sedia maklum, maklum balas dalam media massa
memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan memandangkan ianya dapat
dibaca oleh pembaca maka maklum balas yang positif akan menarik lebih ramai
pelanggan baru manakala maklum balas yang negatif pula sebaliknya. Maklumat
yang diperolehi daripada maklum balas ini akan digunakan untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan prestasi mereka sendiri sebagai seorang usahawan dan
perniagaan mereka. Itulah sebabnya mengapa media sosial ini memainkan peranan
yang sangat penting dalam pemasaran masa kini.
Media
Sosial juga menjadi tempat untuk meluaskan pemasaran yang efektif kerana
kemudahan internet itu sendiri yang kini manfaatnya boleh dinikmati oleh
berbagai kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Sebagai contoh,
apabila kita membuka tapak jualan ataupun kedai, pelanggan akan tertarik kepada
orang ramai yang berkumpul di kawasan kita berniaga. Ini juga sama berlaku
kepada perniagaan di media sosial di mana pembaca akan tertarik kepada “page”
yang mendapat sambutan yang mengalakkan malah mereka akan terus memberi
perhatian sepenuhnya apabila terdapat pelanggan yang membeli produk yang sama
berulang-kali dari peniaga yang sama. Dengan
kemudahan media sosial, proses penyebaran informasi dan maklumat menjadi lebih
mudah kerana pemilik media massa tersebut hanya perlu membuat artikel, tulisan,
gambar, video, atau apa jua bentuk informasi dan meletakkannya di media sosial
tertentu seperti forum online yang dapat mewujudkan medium komunikasi di antara
ahli forum yang lain.
7.0 KESIMPULAN
Sejak perkembangan
teknologi, media sosial telah mengambil
peranan yang penting dalam pemasaran sesebuah perniagaan. Media sosial amat
penting pada masa kini untuk tujuan perniagaan.
Dengan adanya media sosial rakyat Malaysia mampu untuk menambahkan pendapatan
mereka disamping memperbaiki ekonomi mereka.
Media sosial juga mampu memberi pulangan yang lumayan jika peniaga itu
pandai untuk memasarkan produk yang mereka jual. Walaupun media sosial ini digunakan sebagai
alat komunikasi sama seperti kebanyakan teknologi berasaskan internet yang
lain, kemampuannya untuk mewujudkan aktiviti berterusan tanpa adanya sempadan
ataupun perbezaan penyediaan kandungan pengguna.
Justeru itu, dengan adanya media
sosial ini, kita mampu untuk menciptkan dimensi baru untuk pemasaran internet
sehingga menjadi lebih efisien dan produktif jika mampu mempertahankannya
menjadi sebuah media internet pemasaran yang berkualiti dan lebih komprehensif
untuk menarik pembeli yang berpotensi dan sangat berharga. Media sosial merupakan jalan yang mudah untuk
sesiapa saja untuk menjalankan aktiviti perniagaan asalkan mempunyai minat yang
tinggi terhadap bidang perniagaan. Tiada
benda yang mudah tanpa usaha. Untuk
melahirkan usahawan dan peniaga yang berjaya, kita harus rajin untuk menimba
ilmu dan meningkatkan pengalaman dalam pemasaran produk. Oleh itu, teknik perniagaan melalui media
sosial merupakan alat pemasaran yang terbesar pada masa ini.
8.0 RUJUKAN
1)
Ahlqvist, Toni; Bäck, A.,
Halonen, M., Heinonen, S (2008). "Social media roadmaps exploring the
futures triggered by social media". VTT Tiedotteita - Valtion Teknillinen
Tutkimuskeskus (2454): 13
2)
Kaplan Andreas M.,
Haenlein Michael, (2010), Users of the world, unite! The challenges and
opportunities of social media, Business Horizons, Vol. 53, Issue 1 (page 61)
4) Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Mat Yazid,
Program Hubungan Antarabangsa, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah,
Kota Kinabalu. Dalam artikel “Modenisasi, Masyarakat Malaysia Dan Ict: Isu,
Cabaran Dan Penyelesaian.”

Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
ReplyDelete